Isnin, 16 November 2015





Assalammualaikum..
Filem Pilot Cafe yang diapdatasi dari novel karya Ahadiat Akashah Filem Pilot Cafe ini dilakonkan oleh Fahrin Ahmad, Izara Aishah, Neelofa, Remy Ishak, Eizlan Yusof, Keith Foo dan ramai lagi. Aku sendiri mempunyai koleksi Novel Pilot Cafe ini sekali dengan sambungan Novel Pilot Cafe yang seterusnya. So kalau tengok dari versi novelnya memang best, hope versi filemnya pun akan best laa juga kan. Aku juga suka dengan lagu tema Filem Pilot Cafe ini yang berjudul Untuk Cinta nyanyian Hafiz dan Adira. Memang sesuai sangat lagu tu dengan filem ni. Apapun pastinya lepas Filem Pilot Cafe ni pastinya ada sambungannya nanti Pilot Cafe 2 sesuai dengan novelnya. Apapun lepas habis Pilot Cafe ni, novel Ahadiat Akashah yang mana pula akan diadaptasi lagi ek.??Apapun jom layan Sinopsis Filem ni kat bawah k..

TRAILER PILOT CAFE





SINOPSIS FILEM PILOT CAFE

"Pilot Cafe" satu lembaran cinta telah mula berputik. Kehidupan ini bermula di mana-mana, tak menentu indah ataupun gundah bila Maya kehilangan jantung hatinya. Dia bertemu Ameer, lelaki yang hanya tau menodai cinta. Segala-galanya berubah untuk mereka berdua. Ameer mula merasai apa itu cinta manakala Maya belajar untuk menolak cinta yang suci. Bagaimanakah berakhirnya kemelut dua insan yang sudah mula memutik bunga-bunga cinta ini??


Jadi marilah beramai-ramai menyaksikan filem ini dan pastinya akan membuatkan ramai penonton menitiskan airmata dengan lakonan yang sangat hebat oleh barisan pelakon.




 LAGU TEMA : UNTUK CINTA



 BARISAN PELAKON